top of page
  • Writer's pictureResearcher

Environmental Wisdom for Planet Earth - Prof. Datuk Dr. Osman Bakar

Prof. Datuk Dr. Osman Bakar menyebut (atau mungkin juga mengkritik) mengenai kekeliruan dan kefahaman kita terhadap sains dan teknologi. Beliau mengkritik sains dan teknologi yang merupakan antara faktor penyumbang kepada degradasi alam.


Sementara, yang disebut dan sering dibincangkan di ruangan awam antara masyarakat, pembuat dasar, golongan akademia, para penyelidik, bahkan juga para saintis - bahawa antara kaedah untuk menangani krisis alam sekitar dan perubahan iklim, salah satunya adalah melalui/menggunapakai sains dan teknologi. Sedangkan, pada sebahagian hakikatnya - sains dan teknologi itu sendiri juga merupakan antara penyumbang kepada krisis alam sekitar dan perubahan iklim, serta degradasi semulajadi lainnya.


Prof. Datuk Dr. Osman Bakar dalam hal ini menegaskan bahawa masalah alam sekitar dan krisis ekologi kontemporari tidak dapat diselesaikan hanya dengan kebergantungan kepada sains dan teknologi semata-mata. Sebaliknya, antara hal yang lebih mustahak untuk dilakukan adalah dengan merenung sikap-sikap negatif kita terhadap alam sekitar yang cukup 'bermasalah'.


Beliau kemudian menyebut lagi; 'Pollution is the price of economic progress' - yang jelas sekali dapat dilihat menerusi peningkatan aktiviti-aktiviti yang berasaskan 'penjanaan' ekonomi, misalnya dalam sektor perindustrian serta pembangunan infrastruktur yang seringkali memberikan kesan kepada degradasi alam sekitar - seperti penebangan hutan, pelepasan gas rumah hijau (greenhouse gas - GHG), dan perubahan penggunaan tanah.


Justeru, memahami apa yang cuba disampaikan oleh Prof. Datuk Dr. Osman Bakar melalui frasa tersebut, ia terkait dengan teori ekonomi dan pembangunan. Dalam teori ekonomi klasik, terdapat hubungan antara pertumbuhan ekonomi dan pencemaran. Pada peringkat awal pembangunan ekonomi, beberapa negara lebih cenderung untuk mengutamakan pertumbuhan ekonomi berbanding perlindungan alam sekitar. Inilah yang dimaksudkan oleh beliau mengenai bagaimana pencemaran dianggap sebagai kos yang perlu dibayar untuk mencapai peningkatan taraf hidup dan kesejahteraan masyarakat.


Terkait dengan hal ini juga, terdapat satu model Keluk Kuznets Alam Sekitar (Environmental Kuznets Curve) yang menggambarkan mengenai hubungan antara pertumbuhan ekonomi dan kualiti alam sekitar yang menurutnya, pada peringkat awal pembangunan, pencemaran seringkali meningkat seiring dengan pertumbuhan ekonomi.


Sementara itu, Islam yang terdapat padanya 'universal science' namun tidak pernah dijenamakan ia sebagai 'Islamic science', dalam hal ini melihat anjuran yang berbeza bagi menangani krisis alam sekitar dan perubahan iklim. Yakni dengan menekankan bahawa hakikat solusi jangka masa panjang 'to counter the climate change, environmental issues and ecological problems' - terletak pada manusia itu sendiri; Our attitudes toward development (1), our extravagant lifestyles (2), and our understanding/appreciation on the natural order (3).


Demikian lah antara perbezaan yang dapat dilihat melalui 'tackle pattern' antara 'modern society concern' dan 'traditional Islamic approach'. Prof. Datuk Dr. Osman Bakar dengan jelas membicarakan soal intipati kritikan Muslim tradisional terhadap sains dan teknologi moden. Kita dapat melihat bahawa sains universal yang ditekankan oleh Islam meletakkan adanya perkaitan yang sangat rapat antara 'men and nature', dan antara lainnya juga menjadi antara karya yang pernah ditulis oleh Profesor Seyyed Hussein Nasr - Man and Nature, the Spiritual Crisis in Modern Man (1968).


'Al-tawhīd inspires science, and science, in turn, affirms al-tawhīd'. (Prof. Datuk Dr. Osman Bakar - Environmental Wisdom for Planet Earth, 2022)


Credit Photo: Wardah Books

Kommentare


Die Kommentarfunktion wurde abgeschaltet.
bottom of page